Presiden MPT Datuk Ir Amrullah Kamal menjangkakan angka akan ke RM8 juta akibat perkembangan keadaan semasa.
Polisi kerajaan mengurangkan beban rakyat termasuk pengecualian bayaran tapak penjaja dan sewa kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR). Berikutan keputusan kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember depan, , kami menjangka akan kehilangan antara RM3 juta hingga RM4 juta lagi sehingga hujung tahun ini.
“ MPT terus komited dalam membantu penduduk di daerah ini kehilangan pendapatan selepas perlaksanaan PKP dan PKPB.
Justeru itu menurut Amrullah, antara langkah MPT dalam membantu rakyat ‘survive’ menerusi perlaksanaan tamu sekitar daerah ini.TJSK adalah gabungan dua tamu iaitu Tamu Batu 8 dan Batu 5 sendiri yang diadakan pada setiap Jumaat dan Sabtu di dua lokasi berasingan.Tambahnya sebanyak 214 tapak gerai penjaja disediakan di TJSK berbanding 184 di Batu 8., ia dapat mengatasi masalah kesesakan di Tamu Batu 8 khususnya menerusi perlaksaan penjarakan fizikal sepanjang PKPP.
“Selain itu, penutupan Tamu Batu 8 juga dibuat atas faktor keselamatan pengunjung kerana ketiadaan parkir serta sering berlaku kemalangan di situ. Apa yang penting sudah tentu kami mengharapkan tamu ini mampu menarik ramai pengunjung,” katanya.- BorneoToday
0 Comments