Kota Kinabalu : Parti Bersatu Sabah (PBS) telah mendedahkan cubaan membeli Adun-adun mereka yang telah memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September 2020 baru-baru ini menerusi Facebook Rasmi Parti. Menurut PBS, Parti "Kapal" telah menghubungi para Adun mereka dan menawarkan duit dan jawatan untuk membeli kerusi yang telah dimenangi.
Walaubagaimanapun, PBS menyatakan akan tetap berdiri teguh bersama rakyat dan berpegang pada prinsip dan maruah dan terus kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Kenyataan Parti Bersatu Sabah (PBS):
𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗕𝗦 𝗞𝗘𝗞𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧
Dalam kemelut pelantikan calon Ketua Menteri belum diumumkan. Propaganda politik mulai tersebar, khabar angin pengkhianatan mula bertiup dan PBS sekali lagi dijadikan sasaran bicara dan fitnah.
Mainan politik kotor oleh parti lawan yang pada masa kempen kononnya mengamalkan nilai prinsip dan maruah, nilai kesatuan dan integriti - kini berubah wajah, berubah rupa. Mereka yang kononnya parti tempatan lebih baik dari parti Malaya tapi sebenarnya bertopengkan musang.
Kerana mahukan jawatan dan kuasa, parti kapal ini mula menghubungi YB YB PBS untuk membeli kerusi. Mereka sanggup menawar duit dan jawatan untuk YB YB PBS.
Sedarlah wahai WarisanPlus, PBS bukan parti yang baru dibina kelmarin, PBS bukan parti yang murahan dan tidak berwibawa. PBS terbentuk dari rakyat, oleh rakyat dan bagi rakyat. PBS pernah dianiaya, difitnah dan dicaci, tapi PBS kekal berdiri untuk rakyat. PBS berpegang pada prinsip dan maruah, PBS akan kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
#PBSSetiaBersabarBersatu
#tolakpartikatak
#berprinsipdanbermaruah
Sumber: Laman Facebook Rasmi Parti Bersatu Sabah (PBS)

0 Comments