Anak Sabah Yang Pulang Mengundi Wajib Isi Pengisytiharan Kesihatan. Pautan Borang Disini!




Hanya tinggal lebih kurang dua minggu lagi Sabah akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan dijalankan pada 26 September 2020 ini. Tentu ramai anak kelahiran Sabah yang bekerja atau belajar di Semenanjung akan pulang mengundi.

Perlu diingatkan dalam normal baharu, pelbagai SOP diperkenalkan dan diamalkan bagi mengurangkan penularan jangkitan Covid-19 dikalangan masyarakat. Selain menjaga kebersihan diri dan keselamatan, kemasukan ke negara ini perlu menjalani prosedur yang ditetapkan di pintu masuk negara seperti saringan kesihatan, kuarantin dan sebagainya. Begitu juga dengan kawalan ke pintu masuk negeri Sabah, Sarawak dan Labuan juga perlu mengikut SOP. 

Terdahulu, kemasukan ke Sabah perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan kuarantin. Tetapi sejak 10 Jun 2020 yang lalu, semua kemasukan ke Sabah bagi warganegara dan bukan warganegara Malaysia yang kembali dari luar negara atau yang dibenarkan masuk ke Malaysia perlu mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan Kemasukan ke Sabah.

Semasa di penerbangan, anak kapal akan mengedarkan borang pengisytiharan tersebut. Ia perlu diisi lengkap dan diserahkan ketika pegawai kesihatan melakukan saringan.

Anda boleh klik pada pautan borang ini http://sm.jknsabah.gov.my/HDF/hdf.php atau hanya mengimbas QR Code yang tertera di bawah.

Sebaik tiba di Sabah, saringan kesihatan akan dijalankan sekali lagi dan jika mempunyai gejala, mereka akan dirujuk ke hospital untuk penilaian lanjut.

Bagi yang mengisi borang atas talian tersebut, penumpang hanya perlu menunjukkan QR Code yang terhasil setelah menekan butang Submit kepada pegawai kesihatan yang bertugas. Ianya lebih mudah dan pantas.

Patuhi SOP, selamat pulang mengundi!



Post a Comment

0 Comments