Elak Kenaikan Kes Postif Covid-19, SOP Diperketatkan Ketika Tempoh PRN Sabah




KOTA KINABALU: Musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tidak menghalang untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Walaubagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) harus dipatuhi untuk mencegah penularan COVID-19. Pematuhan SOP kepada calon yang bertanding serta jentera kempen yang ditetapkan oleh SPR berada pada tahap 100 peratus.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata laporan pemantauan yang diterima mendapati suasana terkawal dengan baik ketika ini. Semua pihak terlibat mengikut SOP yang ditetapkan dan belum ada pelanggaran SOP, justeru pematuhan SOP berada pada tahap 100 peratus meyakinkan. 

Beliau menambah, "Saya puji, orang Sabah memang bagus." 

Garis Panduan Pencegahan COVID-19 yang diperkenalkan SPR akan dilaksanakan dengan ketat sepanjang tempoh PRN Sabah.

Sebanyak 73 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) SPR akan turun padang bagi membuat pemantauan bagi semua aktiviti calon ketika berkempen termasuk pematuhan terhadap garis panduan khas.

Kenaikan kes positif COVID-19 di Sabah terutama Kluster Benteng LD yang dilaporkan bermula di lokap polis di Lahad Datu sebelum merebak ke penjara, menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat.

Ia ditambah dengan pergerakan di seluruh pelosok negeri membabitkan kempen PRN yang rancak dijalankan.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghalang penularan COVID-19 dengan mengikut SOP yang ditetapkan ketika tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Post a Comment

0 Comments