PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Selasa menolak permohonan 33 bekas Adun Sabah untuk mencabar persetujuan diberikan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Tiga penal Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara menolak rayuan Tan Sri Musa Aman bersama 32 ADUN bagi menggantung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Panel tiga hakim telah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan dari pihak Tan Sri Musa Aman, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Istana Kehakiman di sini.
Panel yang turut disertai Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Supang Lian menetapkan keputusan itu selepas bersidang selama dua hari, bermula Isnin.
Sebelum ini, Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim menolak permohonan 33 ADUN untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri membubarkan DUN pada 30 Julai.
Shim menetapkan bahawa responden kedua dalam kes itu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bertindak menurut Perlembagaan Sabah dalam memohon responden pertama, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, membubarkan DUN.
Menurutnya pengisytiharan pembubaran DUN itu juga adalah mengikut perlembagaan dan sah.
Susulan pembubaran DUN, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 September sebagai tarikh penamaan calon dan 26 September sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sabah.

0 Comments