PRN Sabah - WARISAN Yakin Dapat Sokongan Rakyat Untuk Menerajui Sabah


KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) yakin rakyat memahami visi dan misi yang digariskan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Manifesto WARISAN yang diumumkan baru-baru ini berbentuk visi dan misi untuk meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini. Pihak Warisan menyatakan bahawa mereka komited untuk memajukan negeri Sabah.

Presiden parti, Mohd Shafie Apdal berkata, paling penting ialah untuk memastikan bagaimana kita dapat menarik pelabur datang bagi membantu membangunkan Sabah kerana banyak yang boleh ditawarkan jika berdasarkan sumber yang dimiliki negeri ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, manifesto menjelang pilihan raya akan kekal dalam keadaan itu jika pengisiannya tidak dilaksanakan. Manifesto boleh nampak menjadi sangat bagus dan boleh sebut apa sahaja yang terkandung di dalamnya tetapi apa yang paling penting adalah pelaksanaannya.

WARISAN yang sangat jelas dalam menonjolkan maksud serta keperluan sesama rakyat Sabah dan berharap rakyat lebih mengetahuinya.

Mengulas saranan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, semalam supaya beliau berdebat bersama Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkenaan calon Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie berkata fokusnya adalah untuk bertemu rakyat sepanjang kempen PRN dan tidak mahu membuang masa pada masa sekarang.

Walaubagaimanapun, mereka akur apa jua keputusan yang dipilih rakyat dalam Pilihan Raya ini.

Post a Comment

0 Comments