Rindu atau ingin mencuba makanan Sabah? Anda patut cuba Resepi Hinava ini. Ianya mudah dibuat & sedap.

 


Sapa tahu hinava? Bagi penggemar kerabu, anda patut mencuba hinava atau hinata. Hinava ialah makanan tradisi kaum Kadazan Dusun dan merupakan makanan yang terkenal di kalangan masyarakat di sabah, ianya sangat mudah dibuat, bahan-bahan yang mudah dicari dan sedap. Istilah atau nama “Hinava” merujuk kepada hidangan yang dihasilkan tanpa perlu dimasak menggunakan api.

Hinava menggunakan ikan mentah segar yang kemudian dicampur dengan bahan-bahan lain. Biasanya ikan yang digunakan ialah ikan tenggiri. Umumnya, ikan yang digunakan untuk membuat hinava tidak akan dimasak. Oleh itu, sebelum membuat hinava, ikan tersebut perlu dicuci dengan bersih.

Ingin mencuba membuat Hinava sendiri? Di bawah kami kongsikan resepi Hinava yang patut anda cuba. 

Bahan-bahan :
  1. Isi ikan tanpa tulang (boleh menggunakan ikan tenggiri atau ikan yu. Boleh juga gantikan isi ikan dengan ketam, sotong ataupun udang).
  2. 6 ulas bawang merah (dihiris nipis)
  3. 4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  4. 4-5 biji limau kapas (boleh digantikan dengan limau kasturi juga)
  5. Seulas kecil halia (dalam 1 inci)
  6. 3-4 biji cili merah (dihiris nipis)
  7. Sedikit garam dan serbuk perasa
  8. Hirisan peria / tomato / bambangan / mangga (pilihan)

Cara-cara penyediaan : 
  1. Cincang isi ikan (jangan terlalu hancur).
  2. Tuang sedikit air panas ke atas isi ikan selama 1 minit.
  3. Buang air isi ikan / toskan isi ikan.
  4. Gaulkan isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia, cili merah, garam dan sedikit serbuk perasa.
  5. Perah limau kapas / kasturi untuk membuat jus masam.
  6. Campur dan gaul hirisan peria / tomato / bambangan / manga bersama isi ikan (jika mahu)
  7. Perap selama 15 minit atau semalaman.
  8. Siap untuk dihidang.

Tips :
  1. Pastikan anda menggunakan isi ikan yang segar. Jika tidak hinava akan menjadi pahit.
  2. Semasa menghiris limau, pastikan biji limau tidak terhiris bersama kerana jus akan menjadi pahit.
  3. Anda boleh kurangkan jumlah limau jika tidak suka terlalu masam.
  4. Peria biasanya ditambah bagi mengurangkan rasa masam.

Selamat mencuba resepi dari Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Sedap BAH!!

Post a Comment

0 Comments