Lepas Mandi Air Sungai, Gadis ini Suka Cakap Sendirian Dan Ketawa Bagai Dirasuk. Rupanya Ini Sebabnya..



CERITA seorang gadis yang dirasuk akibat membawa pulang batu sungai di Lahad Datu, Sabah menarik perhatian ramai netizen di Twitter. 

Kisah itu terjadi kepada rakan sekampungnya sekitar lima tahun lalu yang diceritakan oleh Kuya Azlan Azkil melalui Twitter. Tujuan hantaran itu dibuat adalah sekadar memberi peringatan kepada orang ramai untuk mengelakkan dari melakukan kesilapan seperti dalam kisah ini. 

Pemuda berusia 21 tahun yang mesra dipanggil Kuya mengakui peristiwa itu masih lagi segar di ingatan sehingga ke hari ini.. 

“Dah lama berlaku, masa zaman saya sekolah menengah, sampailah jadi perbualan sekampung. Ditambah pula, Lahad Datu memang terkenal dengan kisah-kisah misteri. 

“Untuk penduduk Lahad Datu, kisah macam tu tidak asing lagi. Saya pun dah terbiasa, memang membesar dengan benda-benda mistik,” ujarnya kepda mStar. 

Menurut Kuya, mereka terpaksa memanggil pengamal perubatan untuk membantu memberi rawatan kepada gadis itu akibat gangguan yang berterusan dan peristiwa itu turut memberi kesan kepada ahli keluarganya. 

“Kawan saya tu pergi mandi sungai, terjumpa batu dan bawa balik. Sampai di rumah, cakap sendirian dan seminggu tidak keluar bilik. 

“Jarang makan, suka menyepi. Selalu cakap dia sudah ada kawan baharu. Lepas tu mak dia pun hairanlah, sebab dia suka tengok cermin lepas tu senyum sendiri. 

“Mak dia terkejut juga, muka kawan saya tu kadang-kadang bertukar, kalau dekat cermin nampak lain,” jelas Kuya. 

Kawan saya dah terikat dengan jin itu dan tak boleh dipisahkan melainkan jika cari  tuan yang lama tuKUYA AZLAN AZKIL 

Tambahnya lagi, suara gadis itu juga berubah sehinggalah seorang ustaz dipanggil untuk ‘berubat’ seminggu kemudian. Ketika dirawat, gadis itu menjerit dan ketawa kuat seperti dirasuk. 

“Masa ustaz datang ke rumah, ustaz tu pun mengucap bila jejak kaki dekat rumah tu. Sebab ustaz tu kata rumah tu gelap dan hitam. 

“Bila ustaz masuk dalam bilik, kawan saya terus jerit dan ketawa. Macam pontianak nak beranak. Paling memeranjattkan masa tu, keluarga dia juga dirasuk. 

Jelas Kuya, rakannya dirasuk selepas membawa pulang batu yang didakwa mempunyai kaitan dengan saka. (Gambar Hiasan) 

“Tidak menang tangan ustaz tu nak rawat sampai kena panggil rakan ustaz lain. Saya hanya mampu lihat dari jauh. 

“Masa berubat, ustaz buatlah soal siasat dengan kawan saya yang kerasukan tu. Ustaz tanya kenapa kacau kawan saya?” 

Tambah Kuya, jin yang masuk ke tubuh kawannya itu menggeIarkan dirinya sebagai Mawar dan mengaku mendekati gadis itu selepas dia mengutip batu dari sebatang sungai. 

Difahamkan, batu berkenaan merupakan saka yang dibuang oleh pemilik asalnya. 

“Rupa-rupanya batu yang dia kutip tu adalah saka yang dibuang orang. Member saya kutip sekaligus menjadi ‘tuan’ jin itu. 

“Sebab itu dia ikut, sebab kawan saya dah jadi tuan baharunya. Ustaz kata pada mak ayahnya, kawan saya dah terikat dengan jin itu dan tak boleh dipisahkan melainkan jika cari tuan yang lama,” ujarnya. 

Rakannya juga terpaksa berhenti sekolah kerana berterusan mengalami gangguan mistik. 

Kata Kuya yang sudah berpindah ke Kuala Lumpur, dia tidak tahu bagaimana keadaan kawannya itu sekarang dan hanya mendoakan yang terbaik untuknya. 

Namun dia mendapat perkhabaran bahawa rakannya sudah sihat dan mampu menjalani kehidupan normal. 

Sehingga kini, kisah yang diceritakan Kuya di Twitter turut mendapat lebih 8,700 ulang kicau (Retweet). 

Sumber: Mstar

Post a Comment

0 Comments