KUALA LUMPUR: Perincian program i-Sinar akan diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Rabu ini.
"Pihak KWSP akan membuat pengumuman mengenai perinciannya, bagaimana prosesnya dan sebagainya pada Rabu (ini)," katanya.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pengumuman ini akan menjawab segala persoalan.
"Pihak KWSP akan membuat pengumuman mengenai perinciannya, bagaimana prosesnya dan sebagainya pada Rabu (ini)," katanya.
Tengku Zafrul menjelaskan, mereka yang hilang sumber pendapatan atau mengalami pengurangan gaji layak membuat pengeluaran sehingga RM10,000 jika baki simpanan dalam Akaun 1 kurang daripada RM90,000.
Sebelum ini dimaklumkan, pencarum yang mempunyai simpanan lebih daripada RM90,000 di dalam Akaun 1 boleh membuat permohonan mengeluarkan caruman sehingga 10 peratus dengan jumlah maksimum RM60,000.
Sebelum ini dimaklumkan, pencarum yang mempunyai simpanan lebih daripada RM90,000 di dalam Akaun 1 boleh membuat permohonan mengeluarkan caruman sehingga 10 peratus dengan jumlah maksimum RM60,000.
Kemudahan i-sinar ini akan memberi manfaat kepada semua pencarum, tidak mengira terjejas atupun tidak. Bagaimanapun, perincian dan syarat akan dimaklumkan kelak.
Sumber : Astro Awani
0 Comments