Penutupan ini adalah cawangan yang keempat selepas Sandakan, Lahad Datu dan Luyang pada bulan Oktober yang lalu.
Bangunan dua tingkat Pasaraya Milimewa sebelum ini adalah Pasar Awam dan Pasaraya Kojasa.
Pasaraya Milimewa mempunyai 15 cawangan di Sabah dan kini hanya 11 cawangan yang masih beroperasi.
Walaubagaimanapun, pemegang kad keahlian masih boleh menebus ganjaran di cawangan terdekat seperti Penampang, Lido dan Inanam.
Sumber : Facebook SAYA ORANG SABAH
Pasaraya Milimewa meninggalkan banyak kenangan kepada rakyat Sabah dan menjadi tumpuan membeli-belah sejak pembukaanya pada tahun 1988 di tengah pusat bandar Kota Kinabalu. Bila tiba sahaja musim perayaan, pasaraya ini akan penuh sesak dengan pengunjung yang membeli barang kelengkapan.
Menurut sumber, rata-rata melahirkan rasa sedih atas penutupan Pasaraya Milimewa Kota Kinabalu sambil mengimbau kenangan ketika berkunjung kesana suatu masa dahulu.
Terima kasih kepada seluruh warga kerja Pasaraya Milimewa!
Sumber : Borneo Post
0 Comments